MINIT MESYUARAT PANITIA 2011

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK LKTP LAYANG-LAYANG
KALI PERTAMA TAHUN 2011

TARIKH : 29 Disember 2010
HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK LKTP Layang-Layang.

KAHADIRAN :

1. EN AHMAD RIDHAUDDIN BIN SARUN
2. EN ZOOL IKHSAN BIN MOHD ZAIN
3. EN RUHANI BIN MD TAIB
4. EN MOHD FAIS BIN ABD AZIZ
5. PN ROKIAH BT BACHOK

AGENDA :

1. UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN

1.1 En Ahmad Ridhauddin selaku Ketua Panitia Pend Islam mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan dapat memberikan kerjasama yang baik.
1.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru dan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program-program panitia sepanjang tahun.
1.3 Semoga pada tahun ini, usaha dapat ditingkatkan untuk memastikan semua murid dapat mengusai pelajaran Agama Islam khususnya Al-Quran dan Jawi dan pencapaian murid dalam peperiksaan dan penguasaan lebih baik dari tahun 2010.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En Zool Ikhsan selaku setiausaha Panitia Pendidikan Islam membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Dicadangkan untuk pengesahan oleh : En Ruhani bin Md Taib
2.3 Disokong oleh : En Mohd Fais bin Abd Aziz

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Murid-murid tahun 5 tahun 2010 terdapat 5 orang yang masih tidak tahu membaca Al-Quran dan menulis jawi.
3.2 Pemulihan dan pemerhatian hendaklah dilaksanakan.
3.3 Bacaan Iqra perlu dilaksanakan bagi membantu murid yang lemah.
3.4 Murid masih menggunakan buku PAFA yang disimpan oleh guru kerana tiada pembelian buku PAFA pada tahun ini.

4. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PANITIA 2011.

4.1 En Ahmad Ridhauddin bin Sarun dilantik sebagai Ketua Panitia yang baru menggantikan En Rofidi bin Ali yang telah berpindah ke SK Bandar T6.
4.2 Ahli Jawatankuasa 2011 :
4.2.1 Ketua Panitia : En Ahmad Ridhauddin bin Sarun
4.2.2 Setiausaha : En Zool Ikhlas bin Md Zain
4.2.3 Bendahari : En Ruhani bin Md Taib
4.2.4 Ahli Jawatankuasa : En Mohd Fais bin Abd Aziz
Pn Rokiah bt Bachok
5. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pencapaian Murid Dalam Peperiksaan.

5.1.1 Pencapaian murid pada tahun 2010 ditahap yang memuaskan.
5.1.2 Masih terdapat murid yang tidak tahu membaca dan menulis jawi menyebabkan mereka tidak menjawab soalan yang diberikan.
5.1.3 Latih tubi bacaan al-Quran dan tulisan jawi hendaklah dilebihkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan.
5.1.4 Kenal pasti murid yang bermasaalah dan yang tidak bersekolah agama petang untuk diberikan bimbingan yang sepatutnya.
5.1.5 Pastikan peratus yang jumlah lulus yang tinggi pada tahun 2011.

5.2 Headcount 2011.

5.2.1 Headcount akan diuruskan oleh setiausaha peperiksaan.
5.2.2 Pastikan target untuk tahun 2011 adalah lebih dari 80%.
5.2.3 Mengemaskini dan menghantar laporan headcount setiap kali selepas peperiksaan untuk tindakan murid yang lemah.

5.3 Program Peningkatan Akademik.

5.3.1 Kem Bestari Solat siri 1 bagi program rintis j-QAF akan diadakan pada hari sabtu bagi murid tahun satu.
5.3.2 Program solat hajat, bacaan Yaasin dan tazkirah dilaksanakan setiap hari Jumaat.
5.3.3 Hari Kebesaran Islam :
5.3.3.1 Maulidur Rasul
5.3.3.2 Maal Hijrah
5.3.3.3 Ihya Ramadhan
5.3.3.4 Nisfu Syaaban
5.3.3.5 Isra' dan Mikraj
5.3.3.6 Idul Fitri dan Idul Adha

5.4 Pengurusan Sistem Fail Baru.

5.4.1 Surat dari PPD telah diedarkan yang mengandungi sistem fail baru 2010.
5.4.2 Hendaklah merujuk kepada surat PPD dalam segala urusan fail.
5.4.3 Fail putih dan segala keperluan boleh dipohon dipejabat.
5.4.4 Pastikan fail panitia diisi dan siap selewatnya akhir minggu pertama persekolahan.

5.5 Perlaksaan Pelan J.

5.5.1 Pelan J boleh didownload di internet atau rujuk kepada GPK 1.
5.5.2 Guru hendaklah melaksanakan Pelan J dalam pengajaran.
5.5.3 Segala dokumen hendaklah dikemaskini, disahkan dan difailkan untuk rujukan.

5.6 ETR dan Gred Purata Mata Pelajaran.

5.6.1 Gred Purata tahun 2010 adalah 2.6
5.6.2 ETR untuk mata pelajaran mestilah lebih dari 80%.
5.6.3 Urusan dan segala permasalahan boleh merujuk kepada setiausaha peperiksaan.

5.7 Kursus Dalaman KSSR

5.7.1 Mata pelajaran Pend Islam menggunakan modul KSSR bermula tahun satu 2011.
5.7.2 Modul akan diperbanyakkan dan guru mestilah merujuk kepadanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.7.3 Model KBSR masih digunakan untuk tahun 2,3,4,5 dan 6.

5.8 Kajian Tindakan

5.8.1 Kenal Huruf Arab dan Hijaiyyah.
5.8.2 Tulisan jawi menyambung huruf.
5.8.3 Bacaan Doa Iftitah, Tahiyyat Awal dan Akhir dan Doa Qunut.

6. LAIN-LAIN HAL

6.1 Mata pelajaran Pend Islam untuk tahun satu akan mendapat guru j-QAF sementara untuk program rintis.
6.2 Mata pelajaran Bahasa Arab hanya untuk tahun satu j-QAF dan tidak diajar bagi murid-murid tahun 2,3,4,5 dan 6.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan kaffaratul majlis dan surah Al- Asr.


Disediakan oleh,


...................................................
(ZOOL IKHSAN BIN MD ZAIN)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam,
SK SKTP Layang-Layang,
JOHOR.